SJKC之家!

 

 

搜索
查看: 17108|回复: 2
go

CONTOH KARANGAN

发表于 2009-2-26 10:34 |显示全部帖子
CONTOH KARANGAN
Beberapa jenis pengenalan karangan

Pengenalan Jenis Definisi

Kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah.Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan,kelab danpersatuan,dan unit pertubuhan seragam.Semua pelajar wajib menyertaikegiatan ini.Sebenarnya, banyak kepentingan atau kebaikan yang akandiperoleh oleh pelajar jika menyertai kegiatan ini.

Pengenalan Jenis Pendapat Tokoh

Menteri Pelajaran Malaysia, iaitu Dato’ Seri Hishammudin Tun Husin Onnmengatakan bahawa Kementerian Pelajaran akan mewajibkan semua pelajarmenyertai kegiatan kokurikulum. Beliau menyatakan bahawa pihak pegawaiKementerian Pelajaran akan memantau setiap sekolah untuk memastikankegiatan ini dijalankan dengan bersungguh-sungguh.Beliau menegaskanbahawa kegiatan ini banyak kepentingan kepada pelajar.

Pengenalan Jenis Suasana

Pada setiap petang, kawasan sekolah itu dipenuhi pelajar yangmenjalankan pelbagai aktiviti.Ada pelajar yang bermain bola di padang.Di dewan pula, pelajar kelihatan penuh bersemangat menjalani latihanTae-Kwan-Do.Di depan kantin pula, pasukan kadet polis sedang menjalanilatihan kawad kaki. Semua aktiviti yang dijalankan itu sebenarnyabanyak membawa kebaikan atau kepentingan kepada pelajar.

Pengenalan Jenis Persoalan

Apakah maksud kegiatan kokurikulum? Mengapakah setiap pelajar perlumenyertai kegiatan ini?Adakah pelajar yang tidak menyertai kegiatan iniakan diambil tindakan oleh pihak sekolah? Persoalannya ialah apakahkepentingan pelajar menyertai kegiatan ini?

Karangan Bahagian A,

Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis sebuah karangan tentang kes ragut di Malaysia. Karangan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.




Pada masaini, kes ragut semakin menjadi-jadi dan hangat dibualkan olehmasyarakat. Hal ini demikian kerana ada kejadian kes ragut yangmelibatkan kematian.

Punca utama kes ragut berlaku ialah golongan belia tiada pekerjaan. Sampah masyarakat ini dikatakan malas bekerja. Oleh sebab itu, kerja mereka ialah meragut tas tangan.

Kesannya,dokumen penting dalam beg akan hilang. Selain itu, wang dalam dompetjuga dirampas. Yang lebih serius ialah mangsa juga tercedera parah.

Untukmengurangkan kes ragut, kerajaan haruslah menguatkuasakanundang-undang. Pihak polis haruslah mengadakan rondaan yang lebihkerap. Golongan wanita pula dinasihatkan agar tidak membawa tas tanganjika tidak perlu.

Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa kesragut sebenarnya boleh diatasi. Kerjasama semua pihak amat diperlukanuntuk mengurangkan masalah sosial dan jenayah.

( 118 patah kata)
Karangan Bergambar PMR - Ramalan 3 "DENGGI"






Sebagaimana kita semua sedia maklum, penyakit denggi amat berbahaya. Penyakit ini boleh membawa kematian kepada mangsa.

Puncautama penyakit denggi ialah gigitan nyamuk aedes betina, yakni NyamukAedes Aegypti. Nyamuk aedes biasanya bersembunyi dan bersarang dikawasan air bertakung. Gigitan nyamuk ini akan membawa padah kepadamanusia.

Simptom penyakit denggi ialah seseorang diserang demamsecara mengejut, sakit-sakit sendi dan ruam. Mangsa perlu dibawa kehospital. Penyakit ini mesti dikawal kerana platelet darah yang menurundalam badan akan menyebabkan pendarahan yang membawa kepada kematian.

Untukmengatasi masalah ini, pihak berkuasa tempatan mestilah mengadakanoperasi menyembur asap antidenggi. Langkah utama ini dapat membasmipembiakan aedes betina. Kegiatan gotong-royong juga perlu diadakan diseluruh negara.

Secara tuntas, rakyat Malaysia mestilahberhati-hati dalam soal kesihatan. Oleh sebab itu, kerajaan sentiasamenyeru agar rakyat dalam menjaga kebersihan sepanjang masa kerana“mencegah lebih baik daripada mengubati”.
( 120 patah kata)
Karangan Jenis ForumKarangan Contoh
Tajuk: Rasuah

PengerusiForum : ***alamualaikum dan salam sejahtera. Guru-guru dan rakansekelas. Pada pagi ini kita bersyukur kerana berpeluang membincangkansatu lagi masalah sosial yang saya kira semakin kronik jika tiada usahalangkah yang drastik diambil untuk menanganinya. Tanpa melengahkanmasa, izinkan saya memperkenalkan ahli-ahli panel, iaitu di sebelahkiri saya ialah saudara B dan dibelah kanan pula ialah saudara C. Tajukforum pada pagi ini ialah "masalah rasuah di Negara malaysia".Seterusnya saya mempersilakan ahli panel pertama kita, iaitu saudara Bmemberi definisi rasuah dan ciri-cirinya.


SaudaraB : ***alamualaikum dan terima kasih saudara pengerusi. Berdasarkanlaman web suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM), rasuahmerupakan suatu perbuatan yang melibatkan pemberian dan penerimaan wangatau barangan tertentu dengan niat untuk mengelakkan tindakan diambilatau mendapat keistimewaan. Amalan rasuah ini melibatkan semua lapisanmasyarakat sama ada dalam sektor awam ataupun swasta. Antara jenissokongan pula adalah dalam bentuk material seperti wang, kereta, danrumah, dan bentuk hiburan seperti wanita, melancong ke luar negeri dansebahagainya.


Saudara C : MenurutPerdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan amalanrasuah sebagai barah dan jika dibiarkan akan menyebabkan sesebuahkerajaan runtuh dan sekali gus menjatuhkan imej Negara di mataantarabangsa.
Pengerusi : Kita sudah jelas mengenai isu rasuah. Sekarang apakah pendapat ahli panel kita mengenai punca rasuah?


SaudaraB : Saudara pengerusi. Izinkan saya mencelah sedikit. Punca utama ialahpengaruh rakan. Apabila melihat rakan sekerja menerima rasuah danmenikmati pelbagai kemewahan hidup tanpa dikenakan sebarang tindakan,seseorang itu akan terpengaruh untuk menerima rasuah. Tekanan di tempatkerja ini mampu mengganggu perasaan, apatah lagi jika pegawai atasanjuga turut terlibat. Tanpa berfikir panjang, seseorang itu akan mudahterpengaruh dan turut mengamalkan rasuah kerana ingin cepat menikmatikemewahan hidup di dunia yang fana ini.

Pengerusi : Mungkin saudara C ingin menambah pendapat mengenai punca rasuah?


SaudaraC : Pengerusi, saya bersetuju dengan pendapat saudara B. Selain itu ,Undang-undang di Negara kita pula lemah menyebabkan ramai orang tidaktakut atas hukuman yang dikenakan. Contohnya, tindakan mahkamahmengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada pesalah-pesalah rasuahberbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telahmemberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakimankita untuk menangani isu ini. Di samping itu, Hukuman yang ringan inidikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambilrisiko melakukan rasuah kerana golongan penerima duit kopi ini sedarbahawa mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang diterima olehmereka itu setelah keluar dari penjara.


Pengerusi: Terima kasih saudara C, saya berharap kita semua boleh bergandingbahu untuk mencegah rasuah dan jangan menbiarkannya berakar umbi dalamsanubari rakyat Malaysia. Lagipun, masalah ini semakin serius. Apakahpandangan saudara B berhubung dengan langkah-langkah mengatasinya?


SaudaraB : Kerajaan perlu memgubah sikap kakitangan awam dan swata agar lebihamanah dan bertanggungjawab. Slogan “Bersih, Cekap dan Amanah” yangdiperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamadperlu dihayati oleh semua kakitangan awam dan swasta. Perkhidmatankaunter telah pun diperkenalkan di kesemua pejabat kerajaan untukmengelakkan sebarang amalan memberi dan menerima "wang kopi". Kerenahbirokrasi juga hendaklah dikurangkan ataupun dihapuskan bagi mewujudkanperkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan. Hal ini pernah diutarakanoleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika berucap di Parlimenbaru-baru ini.


Pengerusi : Terima kasih saudara B. Nampaknya, saudara C ada sesuatu yang hendak diucapkan. Silakan.


SaudaraC: Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang agarmasyarakat sedar betapa bahaya dan seriusnya masalah rasuah jika tidakdibanteras dan dibendung untuk keselamatan Negara. Dendaan yang lebihberat dan hukuman penjara diperuntukkan dalam Akta SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang baru diluluskan di Parlimenbaru-baru ini mampu menakutkan gologan berkenaan. Pihak mahkamah jugadisarankan agar mengenakan hukuman maksimum. Kuasa yang lebih untukbertindak terhadap orang ramai yang enggan bekerjasama den pihak SPRMjuga boleh mengubah sikap orang rami yang selama ini engganbekerjasama. Pemberi maklumat juga perlu diberi ganjaran yang lumayan.Mereka juga harus mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa.


Pengerusi: Terima kasih saudara C, dan saya kira kita sudah berada padapenghujung forum. Sebagai rumusannya, saya kira masalah rasuah diNegara kita merupakan masalah yang serius dan perlu ditangani segera.Oleh itu, saya menyeru agar semua pihak dapat menbantu kerajaanmenangani masalah ini. Di samping itu, izinkan saya merakamkan ucapanterima kasih yang setinggi-tinggi kepada ahli-ahli panel. Namun, apakandaya masa tidak mengizinkan kita berbicara dengan lebih lanjut. Sekian,terima kasih.

创作大师勋章 新人进步勋章 新人进步勋章 灌水天才勋章

发表于 2009-2-26 10:58 |显示全部帖子
写得这么长。。人家会没有耐心看啊。。
谢谢提供。。不过我没用。。

发表于 2009-10-19 08:55 |显示全部帖子
谢谢楼主
可能对我的考试有帮助哦!

Archiver|SJKC之家!

GMT+8, 2014-10-26 15:40

Powered by Discuz! X1.5

© 2001-2010 Comsenz Inc.